FANDOM


Googology addalah kajian tentang pemberian nama kepada nombor besar.[1]

Seorang yang mengaji dan mencipta nombor besar atau mencipta pemberian nama untuk nombor tersebut dipanggil sebagai googologis, googolowan/googolowati atau jurugoogologi. Walau bagaimanapun, nama untuk pekerjaan ini masih belum diberi nama secara rasmi, jadi nama ini tidak boleh digunakan seluasnya. Sesuatu yang berkaitan dengan googologi seperti nombor dipanggil googologisme; nama googolisme pun serupa tetapi digunakan untuk nombor sahaja. Googologi pun dikenali untuk pemberian nama kepada googologisme yang semacam komik, seperti nombor "meameamealokkapoowa oompa", "a-ooga", dan "wompogulus".

Googology tidak boleh dikeliru dengan googlologi, iaitu pengajian tentang enjin carian Google dan servis yang pelbagai lagi.

Perlawan kepada googologi adalah ultrafinitisme, yang menyatakan bahawa nombor besar tidak wujud.

Etimologi Sunting

Terma ini telah dicipta oleh Andre Joyce, yang dibentuk dengan pencampuran googol (nombor besar klasik) dengan -logos (akhiran Yunani, bermaksud "kajian"). Googologi Joyce melibatkan perekaan sesuatu sistem penamaan untuk nombor berdasarkan penggunaan perkataan berjenis dan ekstrapolasi yang aneh. Ironinya, terma ini tidak dikenali secara luas, termasuklah pengaji pun. Kebanyakan "googologis" jarang menggunakan terma "'Googologi'" untuk menerangkan kajian mereka.

Sumber Sunting

  1. Googology